Selasa, 18 Oktober 2011

Matematik Sedekah 10-1=19



Jika anda mahu harta yang sedia ada berlipat ganda, sedekah adalah jalan yang terbaik. Kerana Allah juga berfirman dalam Surah Al-An’am ayat 160 yang membawa maksud, “Barangsiapa yang membawa amalan yang baik maka baginya (pahala) sepulu kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak akan diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatan yang dilakukannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).”
Matematik Sedekah oleh Ustaz Yusuf Mansor
Untuk memudahkan lagi pemahaman kita tentang amalan sedekah ini, mari kita bersama menghayati Matematik Sedekah menurut Ustaz Yusuf Mansur. Menurutnya, Allah telah berjanji akan menggantikan wang yang telah kita keluarkan untuk bersedekah. Paling menarik, Allah bukan sahaja menggantikan wang yang telah disedekahkan, tetapi akan menggantikannya sebanyak sepuluh kali ganda dengan nilai yang kita belanjakan. Sebagai contoh mudah, kita mempunyai RM10, lalu kita sedekahkan RM1 kepada seorang budak peminta sedekah. Kita mempunyai baki sebanyak RM9. kita bakal mendapat RM19 dengan janji yang telah Allah buat. Wang yang telah disedekahkan itu telah digandakan 10 kali ganda iaitu RM10. Maka, kita akan mendapat RM19 suatu hari kelak sebagai rezeki yang lain.
Orang yang bersedekah akan memperolehi 5 kebaikan di akhirat iaitu golongan yang bersedekah akan dipayungkan pada hari Qiamat semasa cuaca sangat panas. Selain itu, golongan ini juga akan ringan hisabnya. Mereka juga akan mendapat timbangan amalan kebaikan yang berat. Tambahan lagi, golongan ini akan meniti Titian Sirat dengan lancar dan pantas. Terakhir, golongan ini akan diangkat darjatnya di dalam syurga.
Inilah rahsia sedekah yang tidak diketahui oleh ramai orang. Dengan memberikan sedikit kesenangan kepada orang lain melalui bersedekah, kita akan memperolehi manfaat yang tidak ternilai. Dengan niat memberi sedekah untuk menyenangkan bebanan orang yang memerlukan, tanpa disangka dengan kebaikan itu Allah telah memanjangkan umur kita, menolak bala dan bencana selain membuatkan kita menjadi lebih kaya.

Isnin, 17 Oktober 2011

Columbus VS Laksamana Zheng He ( Cheng Ho @ Hj. Mahmud Shamsuddin)


Columbus Atau Zheng He (Cheng Ho) Yang Menemui Benua Amerika

Berdasarkan kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.

Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Dan fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]

 Martin Alonso Pinzon

Vicente Yanex Pinzon


Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Sepanyol.

Pelayaran  Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.

Fakta-fakta diatas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

Laksamana Zheng He (Cheng Ho)

Tahukah anda? sebenarnya laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai laksamana Cheng Ho di Malaysia dan Indonesia merupakan orang pertama yang menjumpai benua amerika, sekitar 70 tahun sebelum Columbus. Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai ke sana.

Salinan peta dunia hasil pelayaran Zheng Ho, lukisan asal pada tahun 1418


Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua  Amerika.

Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He. Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.

Menurut Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.

Menzies melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.

Dari bukti-bukti yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.

Perbandingan armada Zheng He dan Colombus


Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.

Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim yang taat.

Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah lama wujud sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.

Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia.

Jumaat, 11 Februari 2011

Adab Dan Akhlak : Anda Tahu?? Kalau tak tau jawab 'Saya Tidak Tahu'.




Pernah ke tidak tiba-tiba anda ditanya tentang sesuatu perkara, ilmu, atau di tanya tentang hukum berkaitan Islam? apa reaksi anda bila ditanya dan dihujani dengan soalan-soalan yang anda sendiri tidak tahu jawapannya??



Boleh ke tak baca qunut dalam solat subuh??
Boleh ke tidak menyentuh mushaf tanpa berlapik??
Apa hukumnya jika melabur dalam amanah saham yang tidak diketahui aktiviti perniagaannya??
Boleh ke tidak menggunakan wang kertas yang tercipta melalui proses riba??
Apa hukumnye kalau seseorang perempuan melilit tudungnya melebihi sekali ( menyamai serban lelaki ) ??


Adakah anda menjawab soalan tersebut dengan dalil dan sebab? atau anda sekadar menjawab berdasarkan apa  yang anda rasa betul? atau yang lebih teruk anda menjawab persoalan yang anda sendiri tidak tahu jawapannya? ( banyak pulak soalannye, soalan ni bukan untuk dijawab dan tiada markah diberikan )



Fokus utama kat sini bukanla untuk menjawab soalan-soalan diatas, tetapi bagaimana cara kita berhadapan untuk menjawab persoalan-persoalan yang bakal atau sedang ditanya. Disebabkan kerana tidak tahu dengan mudah kita menjawab "tak payahla tanya soalan-soalan furu' " " hmm...ni hukumnya xboleh sebab2 ia tak boleh saya terlupa pulak" " kalau tak silap saya hukumnya makruh tanzih" " takde soalan lain ke nak tanya asyik soalan yang dah lama  ulama-ulama dah jawab"

sebenarnya jawapan-jawapan tersebut tidaklah menepati disiplin soal jawab ilmu dalam Islam. Dahulukan dengan jawapan yang nyata ( sekiranya tahu ), disusuli dengan anjuran supaya menumpukan keutamaan semasa. Itu adalah disiplin berinteraksi dengan ilmu.

Janganla disebabkan anda tidak mampu menjawab, terus anda katakan atau anda balas dengan jawapan yang berbentuk sinis sedemikian. Sebabnye dengan keadaan demikian akan menjauhkan kita dengan mad'u dan mengundang pertikaian dan pertikaman lidah dengan mereka.

Imam Al-Muhasibi berkata ( dalam Risalah al-Mustarsyidin m/s 82 ) :

"Janganlah malu apabila ditanya tentang perkara yang tidak diketahui agar mengaku : Saya tidak tahu".

Adakah anda tahu?

Sekiranya anda rasa diri anda tidak tahu untuk jawab, maka ringan-ringankan mulut anda untuk menjawab " Saya tidak tahu" . Janganla sesekali anda menjawab soalan yang anda tidak tahu atau tidak pasti jawapannya.

Imam al-Munawi menyatakan secara tegas ( dalam kitab Faidh al-Qadir, jilid 4, m/s 500, syarah athar ) :

"Jawapan 'saya tidak tahu' bukti betapa hebatnya kedudukan, betapa kuatnya pegangan agama, terzahir sifat taqwa terhadap Tuhannya, menyatakan kesucian hati, sempurna pengetahuan dan betapa tulus niatnya."

Bahkan sejarah sirah nubuwah juga ada memberitahu kita bagaimana Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang sesuatu masalah atau hukum maka baginda tidak terus menjawabnya sehingga beberapa hari baginda tidak menjawab atau memberi keputusan sehingga wahyu datang, baginda akan berdoa menunggu wahyu datang untuk menjawab persoalan tersebut. Ini lah adab yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. .

Sebenarnya pengakuan 'saya tidak tahu' bukanlah menyebabkan martabat kita menjadi rendah, sebaliknya ia adalah satu sifat yang terpuji dan bukti memelihara amanah terhadap ilmu. Kalau boleh cuba la elakkan dari sifat apabila tidak tahu dibalas dengan jawapan berbentuk sinis seperti yang telah disebutkan diatas, dan yang lebih parah menjawa sesuka hati ( ikut suka hati dia je nak jawab berlagak macam tau ) semata-mata ingin memelihara egonye yang tinggi tu..

Imam Malik berpesan :

"Tirai bagi orang yang berilmu adalah dengan berkata 'tidak tahu', kerana apabila dia terlupa, jawapan sedemikian pasti akan membenarkan soalan"

Ibnu Abbas berkata ( oleh Imam Suyuthi , Adab al-Fatya, m/s 85 ) :

"Apabila seseorang ditanya akan perkara yang dia tidak tahu, maka dia berkata Allah s.w.t dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui"


Guru atau orang alim bertanggungjawab terhadap anak muridnya. Oleh itu, ilmu merupakan amanah besar yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Tanggungjawab kita bila kita tau tentang sesuatu perkara tu kena la menjawab dengan cermat dan berhati-hati. Orang yang bertanya tu pun kena la faham yang orang alim ilmunya tak semua dia tau dan tak meliputi semua perkara yang dia tau. Orang alim pun takkan lari dari resam sebagai seorang manusia biasa, ada yang dia tau dan ada yang dia tak tau. Justeru ana menasihati diri ana dan anda yang membaca artikel ni, janganla mudah-mudah kita memperlekehkan atau mempertikai seseorang yang menjawab dengan jawapan ' SAYA TIDAK TAHU'.

Wa Allahu A'lam...

Corat-coret : Selamat Menjalankan Tugas

Alhamdulillah... hari ni selesai dan tamat Taklimat berkenaan Kurikulum Guru J-Qaf yang berlangsung selama 4 hari bermula pada 7 hingga 10 Februari 2011. Kepada pensyarah2 Ipsah terutamanya Japim ana ucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan pendedahan awal berkenaan kursus yang akan dihadapi.

Kepada kawan-kawan yang terlibat dalam program ni, semoga berjaya menempuhi tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita. Sama-samalah kita bantu membantu satu sama lain sepanjang kita berkursus.

Kepada kawan-kawan yang nak dapatkan modul untuk kursus Bahasa Arab 1,2,3 BA Major j-QAF sila muat turun Folder dibawah.
Folder ni ana convert dan compress dalam bentuk winzip, selepas muat turun sila extract folder tersebut.

Download :
 MODUL 1 2 3  BA  MAJOR jQAF



MUAT TURUN: PERISIAN



DISINI ADALAH LAMAN MUAT TURUN PERISIAN



 PERISIAN EJAWI

  • perisian ini dimuat turun daripada laman sesawang ejawi.net
  • kepada sesiapa yang tiada huruf jawi boleh memuat turun perisian ini

Jumaat, 28 Januari 2011

PAHLAWAN SYAM IZUDIN AL QASAM


GAMBAR HIASAN

Sejarah hidupnya

Dilahirkan Izuddin Al Qasam pada tahun 1300 Hijrah bersamaan dengan 1882 Massihi. Dididik dan dibesarkan oleh keluarganya yang kuat berpegang dengan ajaran Islam di suatu perkampungan Jabalah di Muhafazah Latiki di Syiria.
Beliau banyak menghafal Al-Quran dan mempelajari ilmu-ilmu agama . Diantara bidang ilmu yang dipelajarinya ialah Tafsir, Feqah dan Bahasa Arab melalui guru-guru ditempatnya, yang mana tempat tersebut telah termashyur dengan ulama’-ulama’ di zaman sialm dan masa kini.
Selepas mendapat pendidikan yang pertama di tempatnya, beliau berpindah ke Mesir dan melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al-Azhar sehingga alim dan mahir dalam bidang Tafsir, Hadis, Feqah, Nahu, Sorof, Balaghah, Adab dan ilmu yang berkaitan dengan alam. Beliau sentiasa dipuji oleh guru-gurunya di atas kegigihan dan kepintaran yang dimilikinya.
Selepas menamatkan pengajiannnya beliau kembali ke Syiria memulakan medan juangnya dengan menganggotai majlis guru-guru serta sibuk mengajar di Ma’ahad dan berkhutbah di masjid-masjid di Syiria, beliau lantang memberi  khutbah dan cepat memberi  kesan kepada jiwa.
Pada penghujung perang dunia pertama pada tahun 1918 masihi Perancis telah dapat menjajah Negara Syiria. Beliau bersama yang lain bangkit menentang penjajah Perancis pada ketika itu dan akhirnya beliau dibuang negeri oleh penjajah.
Kemudian beliau kembali semula pada tahun 1920 masihi dan menetap disuatu perkampungan yang dinamakan Hiipah di Palestin. Beliau bertugas di mahkamah syariah dan pada masa yang sama juga Palestin diancam oleh Inggeris dan beliau merupakan salah seorang yang bangkit menentang penjajah Inggeris di Palestin dan salah seorang yang membangkitkan semangat jihad di kalangan rakyat Palestin sehingga beliau gugur syahid pada tahun 1345 hijrah bersamaan 1935 masihi.
KEILMUAN DAN JIHADNYA
Syeikh Izuddin Al-Qassam  merupakan salah seorang pendakwah Islam di zamannya, beliau berperanan mendidik pemuda-pemuda melalui ucapannya dan amalan-amalan yang dilakukan.
Sepertimana Negara-negara umat Islam yang lain yang dikuasai oleh penjajah, begitulah juga yang menimpa Negara Syiria yang dijajah oleh Perancis, begitu juga Negara Palestin yang dijajah oleh Inggeris. Beliau memimpin satu pasukan  Inggeris menentang penjajah Perancis pada tahun 1919 Masihi. Beliau ditangkap dan dibuang negeri oleh penjajah dengan tujuan untuk meredakan keadaan, kemudian beliau kembali selepas itu ke Hiipa ( Satu perkampungan di Palestin, di sana beliau berperanan memberi kefahaman tentang Islam dan membakar semangat jihad untuk menegakkan kalimah Allah dan membebaskan negara-negara Islam yang dibelenggu oleh penjajah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | belt buckles