PAHLAWAN SYAM IZUDDIN AL-QASAM
Dilahirkan Izuddin Al Qasam pada tahun 1300 Hijrah bersamaan dengan 1882 Massihi. Dididik dan dibesarkan oleh keluarganya yang kuat berpegang dengan ajaran Islam di suatu perkampungan Jabalah di Muhafazah Latiki di Syiria.
BURSA SAHAM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Bursa (bourse/exchange) ialah lokasi berpusat yang menjalankan perdagangan instrumen kewangan. Terdapat pelbagai jenis bursa masa kini, antaranya: bursa komoditi, bursa mata wang asing, bursa opsyen, bursa sekuriti/saham dan sebagainya.
CINTA SEJATI SEORANG IBU DAN NASIHAT TERHADAP ANAK-ANAKNYA
Assalamualaikum w.b.t… Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana. Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam. .
Selasa, 18 Oktober 2011
Matematik Sedekah 10-1=19
1:22 PTG
mannlegacy
Isnin, 17 Oktober 2011
Columbus VS Laksamana Zheng He ( Cheng Ho @ Hj. Mahmud Shamsuddin)
12:00 PTG
mannlegacy
Berdasarkan kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.
Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.
Dan fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]
Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Sepanyol.
Pelayaran Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.
Laksamana Zheng He (Cheng Ho)
Tahukah anda? sebenarnya laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai laksamana Cheng Ho di Malaysia dan Indonesia merupakan orang pertama yang menjumpai benua amerika, sekitar 70 tahun sebelum Columbus. Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai ke sana.
Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua Amerika.
Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He. Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.
Menurut Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.
Menzies melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.
Dari bukti-bukti yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.
Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.
Jumaat, 11 Februari 2011
Adab Dan Akhlak : Anda Tahu?? Kalau tak tau jawab 'Saya Tidak Tahu'.
9:56 PG
mannlegacy
Pernah ke tidak tiba-tiba anda ditanya tentang sesuatu perkara, ilmu, atau di tanya tentang hukum berkaitan Islam? apa reaksi anda bila ditanya dan dihujani dengan soalan-soalan yang anda sendiri tidak tahu jawapannya??
Adakah anda menjawab soalan tersebut dengan dalil dan sebab? atau anda sekadar menjawab berdasarkan apa yang anda rasa betul? atau yang lebih teruk anda menjawab persoalan yang anda sendiri tidak tahu jawapannya? ( banyak pulak soalannye, soalan ni bukan untuk dijawab dan tiada markah diberikan )
Fokus utama kat sini bukanla untuk menjawab soalan-soalan diatas, tetapi bagaimana cara kita berhadapan untuk menjawab persoalan-persoalan yang bakal atau sedang ditanya. Disebabkan kerana tidak tahu dengan mudah kita menjawab "tak payahla tanya soalan-soalan furu' " " hmm...ni hukumnya xboleh sebab2 ia tak boleh saya terlupa pulak" " kalau tak silap saya hukumnya makruh tanzih" " takde soalan lain ke nak tanya asyik soalan yang dah lama ulama-ulama dah jawab"
sebenarnya jawapan-jawapan tersebut tidaklah menepati disiplin soal jawab ilmu dalam Islam. Dahulukan dengan jawapan yang nyata ( sekiranya tahu ), disusuli dengan anjuran supaya menumpukan keutamaan semasa. Itu adalah disiplin berinteraksi dengan ilmu.
Janganla disebabkan anda tidak mampu menjawab, terus anda katakan atau anda balas dengan jawapan yang berbentuk sinis sedemikian. Sebabnye dengan keadaan demikian akan menjauhkan kita dengan mad'u dan mengundang pertikaian dan pertikaman lidah dengan mereka.
Imam Al-Muhasibi berkata ( dalam Risalah al-Mustarsyidin m/s 82 ) :
"Janganlah malu apabila ditanya tentang perkara yang tidak diketahui agar mengaku : Saya tidak tahu".
Adakah anda tahu?
Sekiranya anda rasa diri anda tidak tahu untuk jawab, maka ringan-ringankan mulut anda untuk menjawab " Saya tidak tahu" . Janganla sesekali anda menjawab soalan yang anda tidak tahu atau tidak pasti jawapannya.
Imam al-Munawi menyatakan secara tegas ( dalam kitab Faidh al-Qadir, jilid 4, m/s 500, syarah athar ) :
"Jawapan 'saya tidak tahu' bukti betapa hebatnya kedudukan, betapa kuatnya pegangan agama, terzahir sifat taqwa terhadap Tuhannya, menyatakan kesucian hati, sempurna pengetahuan dan betapa tulus niatnya."
Bahkan sejarah sirah nubuwah juga ada memberitahu kita bagaimana Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang sesuatu masalah atau hukum maka baginda tidak terus menjawabnya sehingga beberapa hari baginda tidak menjawab atau memberi keputusan sehingga wahyu datang, baginda akan berdoa menunggu wahyu datang untuk menjawab persoalan tersebut. Ini lah adab yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. .
Sebenarnya pengakuan 'saya tidak tahu' bukanlah menyebabkan martabat kita menjadi rendah, sebaliknya ia adalah satu sifat yang terpuji dan bukti memelihara amanah terhadap ilmu. Kalau boleh cuba la elakkan dari sifat apabila tidak tahu dibalas dengan jawapan berbentuk sinis seperti yang telah disebutkan diatas, dan yang lebih parah menjawa sesuka hati ( ikut suka hati dia je nak jawab berlagak macam tau ) semata-mata ingin memelihara egonye yang tinggi tu..
Imam Malik berpesan :
"Tirai bagi orang yang berilmu adalah dengan berkata 'tidak tahu', kerana apabila dia terlupa, jawapan sedemikian pasti akan membenarkan soalan"
Ibnu Abbas berkata ( oleh Imam Suyuthi , Adab al-Fatya, m/s 85 ) :
"Apabila seseorang ditanya akan perkara yang dia tidak tahu, maka dia berkata Allah s.w.t dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui"
Guru atau orang alim bertanggungjawab terhadap anak muridnya. Oleh itu, ilmu merupakan amanah besar yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Tanggungjawab kita bila kita tau tentang sesuatu perkara tu kena la menjawab dengan cermat dan berhati-hati. Orang yang bertanya tu pun kena la faham yang orang alim ilmunya tak semua dia tau dan tak meliputi semua perkara yang dia tau. Orang alim pun takkan lari dari resam sebagai seorang manusia biasa, ada yang dia tau dan ada yang dia tak tau. Justeru ana menasihati diri ana dan anda yang membaca artikel ni, janganla mudah-mudah kita memperlekehkan atau mempertikai seseorang yang menjawab dengan jawapan ' SAYA TIDAK TAHU'.
Wa Allahu A'lam...
Corat-coret : Selamat Menjalankan Tugas
2:23 PG
mannlegacy
Folder ni ana convert dan compress dalam bentuk winzip, selepas muat turun sila extract folder tersebut.
Download :
MODUL 1 2 3 BA MAJOR jQAFMUAT TURUN: PERISIAN
1:32 PG
mannlegacy
PERISIAN EJAWI- perisian ini dimuat turun daripada laman sesawang ejawi.net
- kepada sesiapa yang tiada huruf jawi boleh memuat turun perisian ini
Jumaat, 28 Januari 2011
PAHLAWAN SYAM IZUDIN AL QASAM
11:36 PG
mannlegacy
![]() |
| GAMBAR HIASAN |
Sejarah hidupnya
Ekonomi Islam : Bursa Saham Menurut Perspektif Islam
1:03 PG
mannlegacy
ABSTRAKIslam Ad-Din yang syumul merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi. Dalam bidang muamalah, Allah telah mensyariatkan jual beli yang halal dan melarang urusniaga berbentuk riba. Firman Allah SWT :
وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Maksudnya: “Dan Allah menghalalkan Jualbeli dan mengharamkan riba”
Setiap muslim disarankan agar meneliti setiap urusan muamalah agar tidak terjerumus ke dalam perkara yang haram. Rasulullah amat mengambil berat soal kesucian harta hingga apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda mendirikan pasar khas untuk kaum muslimin yang menjalankan muamalah secara halal kerana melihat pasar Madinah yang sedia ada didominasi oleh golongan Yahudi yang mengamalkan muamalah riba dan unsur-unsur yang haram.
Kertas kerja ini akan membincangkan bursa saham yang merupakan medan urusniaga yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap ekonomi negara masakini dan diceburi oleh ramai umat Islam. Perbincangan ini akan menganalisa aspek-aspek yang terdapat di dalam bursa saham secara terpisah kerana setiap aspek mempunyai hukum yang tersendiri.
1.0 DEFINISI BURSA SAHAM (STOCK EXCHANGE – بورصة الأوراق المالية )
Bursa (bourse/exchange) ialah lokasi berpusat yang menjalankan perdagangan instrumen kewangan. Terdapat pelbagai jenis bursa masa kini, antaranya: bursa komoditi, bursa mata wang asing, bursa opsyen, bursa sekuriti/saham dan sebagainya.
Bursa saham atau bursa sekuriti (stock exchange) ialah sebuah institusi (seumpama pasar) yang menjalankan urusniaga sekuriti di mana ia membentuk pangkalan utama yang memudahkan peredaran harta daripada individu, institusi dan sektor yang pelbagai, yang membantu mengembangkan harta dan menggalakkan pelaburan untuk kepentingan ekonomi.
Kebiasaannya, nama bursa diberikan kepada tempat yang dikhususkan untuk jualbeli sekuriti (sijl-sijil saham, bon dan sebagainya) di mana orang-orang yang bermuamalah dengan sekuriti ini berkumpul di situ untuk membeli atau menjual bon-bon kerajaan atau saham-saham syarikat yang disenaraikan. Biasanya proses jual beli dilakukan dengan perantaraan broker-broker atau orang tengah.
2.0 SEJARAH BURSA SAHAM
Perancis merupakan negara kelahiran bursa saham pertama, iaitu pada kurun ke-13 Masihi, di mana berlaku urusniaga bon antara para peniaga hingga Raja Perancis, King Philip (1268-1314M) telah mewujudkan broker mata wang bagi mengusun urusniaga antara para peniaga. Pada masa yang sama, gerakan perniagaan di Baljika memberangsangkan di mana para peniaga di negeri Bruges berhimpun di istana keluarga Van der Bourse untuk menjalankan urusniaga. Perkembangan ini telah menyebabkan mereka mengambil sempena nama keluarga pemilik istana tersebut bagi menggambarkan urusniaga ini hingga akhirnya perkataan Bourse atau Bursa ini digunakan untuk pasaran urusniaga sekuriti.
Perkembangan ini akhirnya menyaksikan penubuhan bursa saham di negara Belanda, Amerika Syarikat dan kebanyakan negara industri pada kurun ke-19 M. Bagi negara Islam pula, bursa saham diperkenalkan oleh negara yang menjajah. Mesir merupakan negara pertama di Timur Tengah yang mempunyai bursa saham iaitu pada akhir kurun ke-19 M. Di Malaysia, aktiviti broker dan syer dijalankan sejak akhir abad ke-19. Pasaran Saham Malaysia yang pertama ditubuhkan pada 1937 di bawah nama pasaran Broker Saham Malaya. Walau bagaimanapun perdagangan tidak dijalankan sehinggalah bulan Mei 1960.
3.0 OBJEKTIF DAN KEPENTINGAN BURSA SAHAM
Penubuhan bursa saham mempunyai beberapa objektif, antaranya:
1. Menyediakan tempat pasaran yang membolehkan pihak yang memerlukan modal mendapatkan modal melalui jual beli sekuriti yang disenaraikan
2. Menyediakan perkhidmatan yang bersangkutan urusan pelaburan dan maklumat saham kepada pelabur di samping mewujudkan minat terhadap pasaran sekuriti di kalangan pelabur dan orang awam
Antara kepentingan dan peranan bursa saham terhadap ekonomi ialah:
1. Mencairkan matawang dan menyalurkannya untuk projek-projek pelaburan
2. Memberikan indeks am tentang pergerakan harga, harta dan pelaburan, sekaligus menggambarkan kedudukan ekonomi negara
3. Menyumbang kepada meningkatkan keupayaan ekonomi dengan pelbagai projek pembangunan
4. Medan negara mencapai kestabilan matawang daripada urusniaga sekuriti bagi mengelakkan inflasi.
Ekonomi Islam : Jenis Saham Menurut Pandangan Para Fuqaha'
12:38 PG
mannlegacy
4.1 Saham الأسهم4.1.1 Definisi saham
Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu.
Ia juga bermaksud satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagi penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat.
4.1.2 Pandangan Islam terhadap urusniaga saham
Jumhur fuqaha’ muasirin berpendapat bahawa Islam secara umumnya mengharuskan penerbitan dan jual beli saham, dengan syarat tidak mengandungi unsur-unsur yang haram seperti riba, gharar, perniagaan benda yang haram dan unsur-unsur haram yang lain. Oleh itu, hukum sesuatu saham berbeza mengikut sifat saham tersebut dan jenisnya.
4.1.3 Hukum urusniaga saham mengikut jenis aktiviti perniagaan sesuatu syarikat :
a. Syarikat yang aktivitinya halal.
Hukumnya harus bermuamalah dengan saham syarikat ini tanpa sebarang khilaf.
b. Syarikat yang aktivitinya haram.
Seperti bank yang mengamalkan riba, syarikat pembuatan arak dan sebagainya. Hukumnya haram secara ittifaq.
c. Syarikat yang aktivitinya syubhat.
Syarikat yang mengeluarkan perkhidmatan dan barangan yang halal, tetapi kadangkala bermuamalah dengan uruniaga yang haram , seperti syarikat barangan elektrik, ubat-ubatan, kenderaan dan lain-lain yang membiayai aktiviti syarikat dengan pinjaman ribawi atau urusniaga yang melibatkan riba.
Para fuqaha’ mu’asirin berselisih pendapat tentang masalah ini kepada 3 pendapat :
i. Pendapat pertama : Haram bermuamalah dengan saham syarikat ini selagimana tidak 100% halal.
Selagi saham ini mengandungi unsur haram atau syarikat berurusniaga dengan unsur haram, maka saham ini tetap haram berdasarkan dalil-dalil yang mewajibkan menjauhi perkara yang haram dan syubhat :
• Hadith :
عن عامر قال سمعت النعمان بن بشير يقول سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول الحلال بين والحرام بين وبينهما مشبهات لا يعلمها كثير من الناس فمن اتقي المشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات كراع يرعى حول الحمى يوشك أن يواقعه ألا وإن لكل ملك حمى ألا إن حمى الله في أرضه محارمه ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب
• Kaedah fiqh (إذا إجتمع الحلال والحرام غلب الحرام (
Berdasarkan kaedah ini, syarikat yang hartanya bercampur antara halal dan haram, maka haram menyertainya sebagai berhati-hati (ihtiat) kerana diriwayatkan Nabi Muhammad menjumpai buah yang jatuh dan berkata: “ Kalaulah tidak kerana aku takut ia daripada sedekah, nescaya aku memakannya.”
• Kaedah fiqh ( الملحوظ كالملفوظ )
ii. Pendapat kedua : Harus bermuamalah dengan saham ni tetapi dengan syarat, berdasarkan kaedah fiqh dan nas yang terbina di atas asas memudahkan dan mengangkat kesusahan . Antaranya :
• Bercampur sebahagian yang haram dengan harta tidak menjadikan kesemuanya haram , dengan membezakan haram lizatih seperti arak, dan haram lighairih seperti harta yang dirampas,harta ini (haram lighairih) tidak menjadikan harta yang lain menjadi haram.
Ibnu Taimiyah pernah ditanya oleh seorang lelaki tentang hartanya yang bercampur di antara yang halal dan haram. Beliau menjawab : Keluarkan nilai yang haram dengan timbangan, dan berikan kepada pemiliknya dan kiralah nilai yang halal itu untuk dirinya.Sekiranya tidak diketahui atau tidak mampu untuk mengetahui pemiliknya, maka bersedekahlah dengan harta itu.
Atas prinsip inilah harus bermuamalah dengan saham syarikat yang bermuamalah dengan bank yang mengamalkan riba.
• Kaedah fiqh ( يجوز تبعا ما لا يجوز استقلالا (
Di dalam syarikat ini walaupun memiliki nisbah sedikit unsur yang haram, tetapi ia dalam bentuk tabi’ (mengikut) bukan asas yang menjadi tujuan selagi mana aktiviti syarikat halal , cuma syarikat itu terpaksa meminjam atau menyimpan di dalam bank ribawi untuk mendapat kecairan harta.
Aktiviti meminjam atau menyimpan di bank ribawi ini adalah haram dan pengurusan syarikat berdosa tetapi ia tidak menjadikan baki harta dan aktiviti lain menjadi haram kerana ia aktiviti yang mengikut ( تبعي ), dan bukan dasar aktiviti syarikat.
• Kaedah fiqh ( للأكثر حكم الكل )
Al-Kasani mengatakan : “ Setiap yang dirosakkan oleh perkara haram, sekiranya majoritinya yang halal makan tidak mengapa menjualnya.”
Imam Al- Izz bin Abdul Salam berkata :”Sekiranya majoritinya halal seperti bercampur satu dirham yang haram dengan seribu yang halal maka harus muamalah..”
• Kaedah fiqh (الحاجة تنزل منزلة الضرورة )
Syariat Islam terbina atas asas mengangkat kemudaratan dan kesusahan. Beberapa jenis akad diharuskan khilaf daripada qias kerana hajat manusia kepadanya sebagaimana sebahagian ulama’ contohnya Hanafiah mengharuskan muamalat yang asalnya haram seperti bai’ al-wafa’.
• Harus bermuamalah dengan non-muslim sedangkan wujud syubhat pada hartanya.Sebahagian fuqaha’ mengatakan harus dan makruh, kerana tidak aman daripada muamalah riba dan perkara lain yang tidak syar’ie.Harus muamalah ini jika tidak melibatkan muamalah yang tidak syar’ie. Ertinya haram atau harus muamalah ini bergantung kepada adanya ‘illah atau tidak.
iii. Pendapat ketiga : Makruh
• Berdasarkan pendapat As-Syafie , Imam Ahmad dan lain-lain
Imam Nawawi menyebut daripada Ibnu Munzir bahawa mereka khilaf dalam masalah jualbeli dengan orang yang hartanya bercampur halal dan haram, menerima hadiah dan pemberiannya, di mana Hasan, Makhul , Az-Zuhri dan As-Syafie memberi rukhsoh. Syafie berkata : Aku tidak suka demikian. Dan sekelompok yang lain menyatakan makruh.
Imam Ahmad berkata: Aku tidak ingin memakannya, kerana diriwayatkan An-Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas dan di antara keduanya perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh kebanyakan menusia.Siapa mengelak dari perkara syubhat dia telah membebaskan agama dan kehormatannya…..”
Dan Nabi pernah bersabda: “ Tinggalkanlah apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan “
Pendapat yang rajih :
Berdasarkan ketiga-tiga pendapat tadi, pendapat yang rajih ialah pengurusan syarikat tidak harus bermuamalah dengan urusniaga haram melainkan terpaksa contohnya dia terpaksa mengikut undang-undang muamalat tertentu yang haram, tetapi bukan dengan kerelaannya , jika tidak dia berdosa. Manakala penyertaan orang Islam dalam syarikat dan membeli sahamnya adalah harus selagimana sebahagian besar hartanya halal dan transaksinya halal, jika tidak, sebaik-baiknya menjauhi perbuatan tersebut.
Sepatutnya orang yang menyertai syarikat tersebut berniat dengan membeli saham syarikat itu, dia akan menukar aktiviti syarikat itu kepada 100% halal dengan menyatakan suaranya dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat pengurusan syarikat, dan dia juga perlu mengeluarkan kadar yang haram –jika berkemampuan menetapkannya- dan membelanjakan kadar tersebut itu untuk kebajikan awam, tetapi tidak harus bagi seorang muslim mengasaskan atau membeli saham syarikat yang telah menaskan dalam sistem asasinya bahawa syarikat itu bermuamalah dengan riba, arak, khinzir dan lain-lain muamalah yang diharamkan.
Walaupun begitu, penulis bersetuju dengan pendapat yang mengatakan perlu adanya beberapa syarat dalam menentukan boleh atau tidaknya bermuamalah dengan syarikat tersebut :
• Pendapat Sheikh Mustafa Al-Zarqa mengatakan harus bermuamalah dengan saham syarikat ini sekiranya syarikat itu aktif memberi khidmat kepada orang awam, dan kemusnahan syarikat ini akan menyebabkan kepayahan masyarakat, bukan umum kepada semua syarikat.Malah haram bermuamalah dengan syarikat yang bermuamalah dengan riba sekiranya syarikat itu tidak aktif dan masyarakat tidak terjejas dengan kemusnahannya.
• Tujuan pembelian saham syarikat itu adalah untuk mengubah ke arah halal 100%. Sekiranya mereka mampu tetapi tidak melakukannya, maka mereka adalah berdosa.
• Tidak harus mereka menggunakan wang haram yang menjadi pendapatan syarikat, bahkan mesti menilaikan dan menghilangkannya dengan cara memberikan kepada fakir miskin.
• Aktiviti asas syarikat adalah halal.
Oleh itu, pengharusan ini adalah kerana dorurat dan dorurat ini mestilah berdasarkan kepada syarat –syarat tadi dan tidak boleh melangkaui batas dorurat kerana dorurat diukur mengikut kadar keperluannya الضرورات تقدر بقدرها . Jika tidak mencapai tahap dorurat , maka hukumnya haram.
4.1.4 Jenis-jenis Nilai / Harga saham dan Hukumnya
a. Nilai catatan (القيمة الإسمية ) : iaitu nilai yang tercatat pada sijil, merupakan nilai yang dibayar pelabur ketika pengasasan syarikat.Hukum : Harus menerbitkan saham dengan nilai ini kerana ia menggambarkan nilai saham yang dibayar oleh pelabur daripada keseluruhan modal syarikat.
b. Nilai terbitan (قيمة الإصدار) : iaitu nilai penerbitan saham baru ketika syarikat ingin menambah modal syarikat.
Hukum : Harus sekiranya nilai terbitan sama dengan nilai sebenar atau nilai pasaran. Harus juga menerbitkan saham baru dengan nilai terbitan sama ada lebih tinggi, kurang atau sama dengan nilai catatan , kerana perlu melihat kepada realiti semasa , suasana pasaran dan risiko untung rugi. Tetapi tidak harus sekiranya kurang daripada nilai sebenar kerana akan menyebabkan kemudaratan kepada pelabur lama. Jika lebih tinggi daripada nilai sebanar, maka dinilaikan mengikut harga pasaran meka hukumnya harus.
c. Nilai sebenar / instrinsik(الفيمة الحقيقية) : iaitu bahagian yang sebenarnya dimiliki daripada harta bersih syarikat termasuk modal yang dibayar, keuntungan,harta benda syarikat,setelah ditolak hutangnya. Hukum : harus kerana keuntungan dan harta benda syarikat bertambah hingga menyebabkan nilai sebenar lebih tinggi daripada nilai catatan, dengan syaat pertambahan harta itu melalui cara yang halal.
d. Nilai pasaran (القيمة السوقية) : iaitu nilai saham di bursa saham yang mengikut pemintaan dan penawaran , spekulasi ,suasana politik dan ekonomi semasa serta kebiasaannya berubah-ubah. Hukum : harus menjual saham mengikut harga pasaran sama ada kurang atau lebih daripada nilai catatan kerana ia seumpama barangan lain yang terdedah kepada faktor permintaan dan penawaran serta kewangan syarikat.
4.1.5 Jenis-jenis Saham Mengikut Kategori dan Hukumnya
a. Dari Sudut Hak Pelabur
i. Saham Biasa ( Ordinary Shares الأسهم العادية - ) : iaitu saham yang memberi pemiliknya persamaan hak mendapat keuntungan setelah dibahagikan keuntungan saham keutamaan. Pemilik saham ini mempunyai hak mengundi dalam mesyuarat agung syarikat, hak melantik proksi, hak mendapat terbitan hak, hak terhadap aset dan hak membuka buku akaun. Pemilik saham ini akan dipertanggungjawabkan berdasarkan nilai saham yang dipegang dalam syarikat.
Saham ini hukumnya harus selagimana pelaburan syarikat bukan pada aktiviti yang haram.
ii. Saham Keutamaan (Preference Shares-الأسهم الممتازة ) : iaitu saham yang memberikan keistimewaan/ keutamaan kepada pemiliknya berbanding pemilik saham biasa.
Antara keistimewaannya ialah :
• Keutamaan dari sudut tuntutan perolehan syarikat. Pemegang saham keutamaan akan dibayar dividen terlebih dahulu dan dividennya telah ditetapkan terlebih dahulu kadarnya pada masa ia diterbitkan, tidak kira syarikat untung atau rugi
• Sekiranya syarikat dibubarkan ,pemegang saham keutamaan akan diutamakan dalam pengagihan aset syarikat berbanding pemegang saham biasa
• Kuasa mengundi yang lebih dalam mesyuarat tahunan (di Malaysia, pemilik saham ini tidak mempunyai kuasa mengundi).
Saham ini hukumnya tidak harus kerana pemilik saham ini mempunyai kelebihan berbanding pemegang saham lain. Ini tidak adil kerana dengan nilai saham yang sama sepatutnya mereka memiliki persamaan hak. Begitu juga tidak harus memberikan dividen atau keuntungan yang tetap kepada mereka dalam keadaan risiko keuntungan dan kerugian ditanggung oleh pelabur lain.
Dividen ini merupakan riba yang diharamkan oleh syara’ kerana bertentangan konsep syarikat yang diharuskan oleh syara’, iaitu sama-sama menanggung risiko untung rugi berdasarkan kadar saham masing-masing. Hak mengundi yang lebih juga tidak harus diberikan kepada mereka kerana sepatutnya pemegang saham yang sama nilainya mesti mempunyai hak yang sama.
Bentuk keistimewaan yang diharuskan oleh syara’ ialah hak keutamaan kepada pelabur sedia ada untuk menambah pelaburan apabila syarikat menawarkan saham-saham baru berbanding pelabur-pelabur yang baru. Ini kerana mereka lebih berhak terhadap pemilikan syarikat dan tidak harus syarikat mengeluarkan saham baru kecuali dengan persetujuan mereka. Ini sesuai dengan prinsip syaf’ah yang diakui oleh syara’.
--
b. Dari sudut bentuk pemilikan yang dibayar pelabur
i. Matawang/tunai (Cash Shares – الأسهم النقدية ) : iaitu saham yang dibayar dalam bentuk mata wang. Saham ini hukumnya harus secara ittifaq kerana asal dalam syarikat ialah mengemukakan modal dalam bentuk matawang, sama ada emas, perak atau mata wang masakini.
ii. Barangan (Vendors Sharesالأسهم المعينة-) : iaitu saham yang berbentuk barangan yang menjadi modal syarikat
Para fuqaha’ berselisih pendapat tentang saham ini kepada 3 pendapat :
• Ulama’ Malikiah dan satu pendapat Imam Ahmad : Harus jika barang berbentuk qiymi.
• As-Syafi’e dan Muhamad bin Hasan dari ulama’ Hanafiah : Harus jika barang berbentuk mithli.
• Imam Abu Hanifah dan zahir mazhab Hambali : Tidak harus secara mutlak
Pendapat yang rajih : ialah pendapat yang pertama kerana pendapat yang kedua dan ketiga melihat dari sudut zat barang dan tidak terjamin selagi tidak digunakan. Pendapat pertama mengatakan harus setelah dipersetujui barang dan nilainya. Dengan itu, nilai itu menjadi modal syarikat dan terjamin. Apatah lagi pada zaman sekarang, banyak cara untuk menilai harga barangan dengan lebih tepat iaitu dengan nilai mata wang.
c. Dari Sudut bentuk Sijil
i. Saham Penama (Nominal Shares – الأسهم الإسمية) : iaitu sijil yang tercatat nama pemiliknya
Saham ini hukumnya harus dari sudut syara’ kerana pemilikan hak pelabur thabit dengan tertulis di atas sijil saham.
ii. Saham Pembawa ( Bearer Shares – الأسهم لحاملها ) : Sijil yang tidak dicatat nama pelabur yang menjadi pemiliknya , tetapi pembawanya. Oleh itu pembawa sijil itu dikira pemilik saham mengikut pandangan syarikat.
Saham ini tidak harus dari sudut syara’ kerana tidak diketahui pemilik sebenar saham tersebut. Ini akan membawa kepada risiko perselisihan, permusuhan dan kemungkinan kehilangan hak serta mudarat kepada pemiliknya sama ada dirampas atau dicuri.
iii. Saham Dengan Perintah (An Order Shares الأسهم للأمر او الإذن -): saham yang mengandungi perkataan dengan perintah. Saham ini boleh ditandatangani untuk tujuan perpindahan milik, sama seperti sjil-sijil bon yang memakai syarat ‘dengan perintah’.
Saham ini mengikut pendapat Dr Abd Aziz Khayyat adalah harus kerana pemilik saham tersebut masih dapat dikenalpasti kerana ditulis di atas sijil saham. Pemilik kedua dikira pengganti kepada pemilik pertama.
e. Dari sudut modal boleh ditebus/dipulangkan atau tidak
i. Saham Modal ( Capital Shares – أسهم رأس المال): saham yang nilainya tidak boleh ditebus. Saham ini harus kerana merupakan prinsip asal dalam syarikat.
ii. Saham Boleh Tebus ( Redeemable Shares – أسهم التمتع) : saham yang boleh ditebus dengan dipulangkan semula modal kepada pelabur sebelum syarikat ditutup.
Pada asalnya tidak harus bagi pelabur menebus sahamnya. Namun, terdapat beberapa keadaan yang berbeza yang menentukan sama ada saham tersebut harus atau tidak.
Antara bentuk saham boleh tebus yang tidak harus ialah :
• Jika nilai sebenar saham dikembalikan sama ada lebih tinggi atau lebih rendah daripada nilai catatan. Ini kerana hubungan pelabur dengan syarikat terputus, maka dia tidak berhak mendapat keuntungan atau dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kerugian
• Jika dipulangkan nilai catatan dan nilai itu lebih tinggi daripada nilai sebenar saham kerana dia mendapat modal yang dibayar secara sempurna. Dalam hal ini ,sama seperti di atas, dia tidak berhak mendapat keuntungan kerana hubungannya dengan syarikat telah terputus.
Keuntungan syarikat berhak dimiliki dengan 3 sebab : harta, kerja atau jaminan. Dalam 2 bentuk saham boleh tebus di atas, pemegang saham yang telah menebus sahamnya tidak mempunyai satu pun sebab mendapat keuntungan syarikat .
Bentuk saham boleh tebus yang harus ialah :
• Syarikat memberikan nilai catatan saham yang lebih rendah daripada nilai sebenar, maka masih berbaki modalnya di dalam syarikat. Dengan itu, dia berhak mendapat keuntungan berdasarkan nisbah baki modal yang masih belum dipulangkan oleh syarikat.
• Penawaran secara berjuzu’ dan berterusan oleh syarikat dengan memberikan setiap pelabur nisbah tertentu daripada saham secara sama rata dan mengikut bilangan saham.
• Memotong nilai tertentu daripada keuntungan tahunan dan menyimpannya atas nama pelabur,hingga nilainya terkumpul ketika berakhirnya syarikat, lalu pelabur boleh mengambilnya.
Khamis, 6 Januari 2011
Cinta Sejati Seorang Ibu Dan Nasihat Terhadap Anak-Anaknya
4:11 PTG
mannlegacy
Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Sudah lama ana tak update blog ni dek kerana kesibukan dan masalah yang mengiringi ana. Insya Allah, dengan izin-Nya akan ana kongsikan cerita dibawah dengan kalian, dan mudah-mudahan cerita ni, memberikan kita teladan dan semangat didalam hidup kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam. Disuatu pagi, sedang ana membelek-belek kisah-kisah teladan yang ada, tiba-tiba ana terbaca satu kisah tentang cinta seorang ibu terhadap anak-anaknya, cerita ini juga mengingatkan ana tentang cerita Asma’ binti Abu Bakar dan anaknya Abdullah bin Zubair yang ana pelajari semester lepas. Mudah-mudahan Allah s.w.t. sentiasa memelihara dan melindungi seluruh umat Islam.
Bermulalah sebuah kisah seorang wanita yang sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua tentera Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,
"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,
"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."
Ana memohon maaf diatas kesilapan yang terdapat dalam cerita diatas....
Wa Allahu A’lam..
“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah”.
mannmuslimz,
Behira, Damanhur, Arab Republic of Egypt
Ahad 9:00 pagi











