Jumaat, 28 Januari 2011

PAHLAWAN SYAM IZUDIN AL QASAM


GAMBAR HIASAN

Sejarah hidupnya

Dilahirkan Izuddin Al Qasam pada tahun 1300 Hijrah bersamaan dengan 1882 Massihi. Dididik dan dibesarkan oleh keluarganya yang kuat berpegang dengan ajaran Islam di suatu perkampungan Jabalah di Muhafazah Latiki di Syiria.
Beliau banyak menghafal Al-Quran dan mempelajari ilmu-ilmu agama . Diantara bidang ilmu yang dipelajarinya ialah Tafsir, Feqah dan Bahasa Arab melalui guru-guru ditempatnya, yang mana tempat tersebut telah termashyur dengan ulama’-ulama’ di zaman sialm dan masa kini.
Selepas mendapat pendidikan yang pertama di tempatnya, beliau berpindah ke Mesir dan melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al-Azhar sehingga alim dan mahir dalam bidang Tafsir, Hadis, Feqah, Nahu, Sorof, Balaghah, Adab dan ilmu yang berkaitan dengan alam. Beliau sentiasa dipuji oleh guru-gurunya di atas kegigihan dan kepintaran yang dimilikinya.
Selepas menamatkan pengajiannnya beliau kembali ke Syiria memulakan medan juangnya dengan menganggotai majlis guru-guru serta sibuk mengajar di Ma’ahad dan berkhutbah di masjid-masjid di Syiria, beliau lantang memberi  khutbah dan cepat memberi  kesan kepada jiwa.
Pada penghujung perang dunia pertama pada tahun 1918 masihi Perancis telah dapat menjajah Negara Syiria. Beliau bersama yang lain bangkit menentang penjajah Perancis pada ketika itu dan akhirnya beliau dibuang negeri oleh penjajah.
Kemudian beliau kembali semula pada tahun 1920 masihi dan menetap disuatu perkampungan yang dinamakan Hiipah di Palestin. Beliau bertugas di mahkamah syariah dan pada masa yang sama juga Palestin diancam oleh Inggeris dan beliau merupakan salah seorang yang bangkit menentang penjajah Inggeris di Palestin dan salah seorang yang membangkitkan semangat jihad di kalangan rakyat Palestin sehingga beliau gugur syahid pada tahun 1345 hijrah bersamaan 1935 masihi.
KEILMUAN DAN JIHADNYA
Syeikh Izuddin Al-Qassam  merupakan salah seorang pendakwah Islam di zamannya, beliau berperanan mendidik pemuda-pemuda melalui ucapannya dan amalan-amalan yang dilakukan.
Sepertimana Negara-negara umat Islam yang lain yang dikuasai oleh penjajah, begitulah juga yang menimpa Negara Syiria yang dijajah oleh Perancis, begitu juga Negara Palestin yang dijajah oleh Inggeris. Beliau memimpin satu pasukan  Inggeris menentang penjajah Perancis pada tahun 1919 Masihi. Beliau ditangkap dan dibuang negeri oleh penjajah dengan tujuan untuk meredakan keadaan, kemudian beliau kembali selepas itu ke Hiipa ( Satu perkampungan di Palestin, di sana beliau berperanan memberi kefahaman tentang Islam dan membakar semangat jihad untuk menegakkan kalimah Allah dan membebaskan negara-negara Islam yang dibelenggu oleh penjajah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | belt buckles