Pernah ke tidak tiba-tiba anda ditanya tentang sesuatu perkara, ilmu, atau di tanya tentang hukum berkaitan Islam? apa reaksi anda bila ditanya dan dihujani dengan soalan-soalan yang anda sendiri tidak tahu jawapannya??
Boleh ke tak baca qunut dalam solat subuh??
Boleh ke tidak menyentuh mushaf tanpa berlapik??
Apa hukumnya jika melabur dalam amanah saham yang tidak diketahui aktiviti perniagaannya??
Boleh ke tidak menggunakan wang kertas yang tercipta melalui proses riba??
Apa hukumnye kalau seseorang perempuan melilit tudungnya melebihi sekali ( menyamai serban lelaki ) ??
Adakah anda menjawab soalan tersebut dengan dalil dan sebab? atau anda sekadar menjawab berdasarkan apa yang anda rasa betul? atau yang lebih teruk anda menjawab persoalan yang anda sendiri tidak tahu jawapannya? ( banyak pulak soalannye, soalan ni bukan untuk dijawab dan tiada markah diberikan )
Fokus utama kat sini bukanla untuk menjawab soalan-soalan diatas, tetapi bagaimana cara kita berhadapan untuk menjawab persoalan-persoalan yang bakal atau sedang ditanya. Disebabkan kerana tidak tahu dengan mudah kita menjawab "
tak payahla tanya soalan-soalan furu' " "
hmm...ni hukumnya xboleh sebab2 ia tak boleh saya terlupa pulak" "
kalau tak silap saya hukumnya makruh tanzih" "
takde soalan lain ke nak tanya asyik soalan yang dah lama ulama-ulama dah jawab"
sebenarnya jawapan-jawapan tersebut tidaklah menepati disiplin soal jawab ilmu dalam Islam. Dahulukan dengan jawapan yang nyata ( sekiranya tahu ), disusuli dengan anjuran supaya menumpukan keutamaan semasa. Itu adalah disiplin berinteraksi dengan ilmu.
Janganla disebabkan anda tidak mampu menjawab, terus anda katakan atau anda balas dengan jawapan yang berbentuk sinis sedemikian. Sebabnye dengan keadaan demikian akan menjauhkan kita dengan mad'u dan mengundang pertikaian dan pertikaman lidah dengan mereka.
Imam Al-Muhasibi berkata ( dalam Risalah al-Mustarsyidin m/s 82 ) :
"Janganlah malu apabila ditanya tentang perkara yang tidak diketahui agar mengaku : Saya tidak tahu".
Adakah anda tahu?
Sekiranya anda rasa diri anda tidak tahu untuk jawab, maka ringan-ringankan mulut anda untuk menjawab " Saya tidak tahu" . Janganla sesekali anda menjawab soalan yang anda tidak tahu atau tidak pasti jawapannya.
Imam al-Munawi menyatakan secara tegas ( dalam kitab Faidh al-Qadir, jilid 4, m/s 500, syarah athar ) :
"
Jawapan 'saya tidak tahu' bukti betapa hebatnya kedudukan, betapa kuatnya pegangan agama, terzahir sifat taqwa terhadap Tuhannya, menyatakan kesucian hati, sempurna pengetahuan dan betapa tulus niatnya."
Bahkan sejarah sirah nubuwah juga ada memberitahu kita bagaimana Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang sesuatu masalah atau hukum maka baginda tidak terus menjawabnya sehingga beberapa hari baginda tidak menjawab atau memberi keputusan sehingga wahyu datang, baginda akan berdoa menunggu wahyu datang untuk menjawab persoalan tersebut. Ini lah adab yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. .
Sebenarnya pengakuan 'saya tidak tahu' bukanlah menyebabkan martabat kita menjadi rendah, sebaliknya ia adalah satu sifat yang terpuji dan bukti memelihara amanah terhadap ilmu. Kalau boleh cuba la elakkan dari sifat apabila tidak tahu dibalas dengan jawapan berbentuk sinis seperti yang telah disebutkan diatas, dan yang lebih parah menjawa sesuka hati ( ikut suka hati dia je nak jawab berlagak macam tau ) semata-mata ingin memelihara egonye yang tinggi tu..
Imam Malik berpesan :
"Tirai bagi orang yang berilmu adalah dengan berkata 'tidak tahu', kerana apabila dia terlupa, jawapan sedemikian pasti akan membenarkan soalan"
Ibnu Abbas berkata ( oleh Imam Suyuthi , Adab al-Fatya, m/s 85 ) :
"Apabila seseorang ditanya akan perkara yang dia tidak tahu, maka dia berkata Allah s.w.t dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui"
Guru atau orang alim bertanggungjawab terhadap anak muridnya. Oleh itu, ilmu merupakan amanah besar yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Tanggungjawab kita bila kita tau tentang sesuatu perkara tu kena la menjawab dengan cermat dan berhati-hati. Orang yang bertanya tu pun kena la faham yang orang alim ilmunya tak semua dia tau dan tak meliputi semua perkara yang dia tau. Orang alim pun takkan lari dari resam sebagai seorang manusia biasa, ada yang dia tau dan ada yang dia tak tau. Justeru ana menasihati diri ana dan anda yang membaca artikel ni, janganla mudah-mudah kita memperlekehkan atau mempertikai seseorang yang menjawab dengan jawapan ' SAYA TIDAK TAHU'.
Wa Allahu A'lam...